• Bangunan Pentadbiran

    Bangunan Pentadbiran SISFEC

  • Makmal SISFEC

    Kemudahan makmal di SISFEC

  • Dewan

    Kemudahan dewan di HSAH

  • Lawatan Antarabangsa
  • Prasarana Penginapan

By A Web Design

Friday, 19 January 2018

JUMLAH PELAWAT

270813
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
69
105
644
269484
1922
3170
270813

Your IP: 54.234.45.10
Server Time: 2018-01-19 04:36:37

Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong, Selangor seluas 1,176.1 hektar adalah merupakan sebahagian hutan simpan yang paling awal diwartakan di Negeri Selangor iaitu pada tahun 1906. Kawasan ini yang merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 (Peta 1) merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud dalam keadaan sempurna di kawasan emas Koridor Raya Multimedia. Hutan Simpan Ayer Hitam terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun mulai 1996 oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Universiti Putra Malaysia untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan pengembangan perhutanan.

HSAH merupakan hutan yang telah dibalak dan sehingga kini HSAH masih dalam proses pemulihan. HSAH merupakan satu ekosistem terserpih yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna dan masih banyak lagi yang belum diterokai. Walaupun dikelilingi oleh pembangunan yang pesat, HSAH ini masih mengekalkan ciri-ciri hutan semula jadinya, ini terbukti dengan penemuan beberapa ciri fizikal hutan tersebut yang unik seperti memiliki air sungai yang jernih, air terjun yang terpelihara, sumber-sumber hutan yang banyak dan kepelbagaian flora fauna nya yang tinggi. Ini menjadikan HSAH ‘nadi hijau’ kepada Lembah Klang yang pesat membangun.

 

Pada 21 Mac 2012, Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah(SISFEC) telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor.  Penubuhan SISFEC ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan luas sains perhutanan melalui aktiviti amali dan penyelidikan. SISFEC dilengkapi dengan dua dewan kuliah, sembilan makmal, pusat sumber sertakemudahan internet dan wifi. Program Bacelor Sains dan Rekreasi (BSTR) yang ditawarkan oleh Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan akan menjalankan kelas dan amali di SISFEC.

 

 
Joomla Templates - by Joomlage.com